Pertama kali nak buat ulasan mengenai Printer yang dibeli pada bulan 5 lepas.HP Deskjet 2060.Tujuan beli nak menggantikan Printer yang sedia ada berjenama Canon yang mengalami sedikit kerosakan. nak repair mmg x berbaloi2 kerana kos yg lebih mahal.So baik beli je baru.Oleh itu,apa printer yang nk beli?jenama pe?ciri2 fungsi yang perlu diambil kira?kos?dan sbgnya.Jadi tinjauan awal dilakukan di google senarai jenis printer di pasaran.Tetibe terjumpe produk terbaharu HP yang menawarkan printer yang mempunyai Ink Catridge yang lebih murah daripada biasa.Harga cuma RM27.Nape aku ckp murah sebab,dipasaran sepanjang ak duk belek2 tanye2 kedai.Harga ink cat yang ada dianggarkan RM40 ke atas.Itu untuk sebiji jer. Jadi kalau dikira2 harga ink cat ni leh sampai harga sebijik lagi printer x kira la pe jenama pe pun.Disebabkan itu ramai orang sekarang,buat CISS atau pasang tabung ink kat luar printer tu.Kos utk pasang CISS ni dianggarkan RM80 dan keatas.Bergantung kepada kedai dan faktor2 lain.Disebabkan berlakunya perkara ini,agak2 nye HP ni buat stratergi baharu dengan melancarkan model printer yang menawarkan Ink Cat termurah di pasaran.Cuma harga printer ini bernilai RM249.Mmg mahal berbanding model dari jenama yang lain.Namun apa yang penting,dengan Ink Cat Original yang murah ditambah pulak boleh mencetak 600 helai!!.Kira ok la kan.Kalu gune CISS mmg murah dan jimat serta leh cetak lebih banyak.Cume nak selenggaranya agak leceh dan perlukan ketelitian dan kesabaran.So lebih baik gune HP 2060 ni.Korang leh layari untuk maklumat lanjut
Sunday, October 14, 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)
